Thursday, January 12

♥ jatuh cinta ♥

Rasa ingin dibelai manja oleh seseorang yang mana kita rasakan itulah cinta kita yang abadi kadang sering meguji kekuatan dalam diri. Dan kita selalu saja leka dibuai asmara yang terus membara. Semangat jati diri seolah tercabar dan hanyut dikala mencari identiti sendiri.

Penantian dalam samar adakah cinta itu milik kita? Apakah apa yang dirasai itu sama seperti yang si dia rasa? Adakah aku yang berlebihan perasaan yang perasan meguasai diri?

Meminati seseorang kemudian perasaan suka mula berkembang. Dan bila menyukai ada perasaan cinta semakin menular. Adakah si dia begitu? Adakah cinta kamu bertepuk sebelah tangan? Atau si dia juga merasakan cinta padamu? Layanan si dia pada seolah mempunyai perasaan yang sama. Namun siapalah tahu apa isi hatinya.

Rasa kosong dalam diri terus menjiwai dan dibuai hanyut dalam suasana yang mendebarkan. Dikala ini masih mencari sesuatu kehilangan. Dan semakin sunyi kerana hati amat merindukan dia. Tertanya tanya khabarnya, dimana sidia, sehinggakan mengganggu kerja seharian. Kosong dan terus kosong tanpa ada dia.

Kamu akan selalu tertanya tanya kemana letaknya kesetiaan atau kejujuran si dia pada kamu. Sedangkan masih belum ada kata putus atau janji antara kamu dan dia. Masih dalam peringkat permulaan. Sedangkan kamu sudah melangkah jauh. Inginkan lebih sekadar dari teman biasa. Dan perasaan cemburu menguasai diri kamu sekarang. Jika sidia lambat untuk membalas SMS, mulalah berfikir bahawa sidia bersama dengan seseorang.

Didalam seharian tercari cari dimana sidia. Ternanti nanti kemana arahnya. Mencari sidia dimana. Mula ada perasaan rindu yang telah timbul. Dan rindu itu semakin menyiksakan. Semakin kuat debarannya, semakin dalam terasa.

Kamu tertanya adakah sidia mempunyai perasaan cinta dan sayang atau sekadar suka? Apakah perasaan sidia terhadapmu? Tertanya tanya sehinggakan kerja seharianmu terganggu. Kadang membuatkan mu termenung jauh. Siapa kamu dihatinya? Apa mahu si dia?

Cinta itu kejujuran kerana cinta tidak pernah memaksa
Cinta itu murni kerana cinta memerlukan ketulusan hati
Cinta itu kekuatan kerana cinta perlu ketabahan
Cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan
Cinta itu keredhaan kerana cinta itu pemberian Tuhan
Cinta itu kemaafan kerana cinta itu sangat sensitif
Cinta itu kesetiaan kerana cinta hanya kepada yang satu
Cinta itu persahabatan kerana cinta asasnya kepercayaan
Cinta itu inspirasi kerana cinta itu membina kekuatan

Menanti satu jawapan yang selalu saja menjadi tanda tanya pada kita. Memerlukan keberanian untuk menyatakan cinta. Jika masih dalam samar akan rasa itu, simpanlah agar tiada hati yang terluka. Kerana hati itu adalah hati kita sendiri. Luka kecewa bila sebenarnya kita cumalah bertepuk sebelah tangan. Luka dalam derita kerana kita hanyalah sandaran baginya. Luka yang tak sudah sudah kerana sebenarnya kita hanya perasan.

Akan tetapi sebenarnya si dia juga menyimpan rasa itu. Syukur kita dan mudahan cinta itu kekal hingga ke syurga :)